Wednesday, March 4, 2009

Sejarah Salam Jumaat (TLO) Tercetus.....

Assalamualaikum wbr.
Sejak saya join TLO (Crest Petroleum) di tahun 2002 berpejabat di Faber Towers Tmn desa.. selang seminggu.. kadang2 selang dua minggu atau sekurang2nya sebulan sekali ada seorang pegawai di Crest Petroleum sering e-mailkan bahan2 ilmiah mengenai Islam dsb.. beliau ialah Major Zailani Safari (Head of MIS).
Tahun 2003 beliau meninggalkan Crest.. dan risalah2 keagamaan ini terhenti buat seketika.. agak lama.. lebih kurang 2-3 bulan.. dan akhirnya tergerak dihati saya untuk menyambung usaha beliau.. maka lahirlah Salam Jumaat hampir setiap hari Jumaat.. yang saya ambil dari berbagai sumber..
dan baru2 ini seorang sahabat syorkan agar saya compile dalam blog agar lebih ramai bermanafaat.. maka lahirlah blogspot ini.... maka yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.. Yg baik semuanya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.. saya mengalu-alukan teguran2 yg membina.. semuga bermanafaat...insyaAllah.
Wasalam
Shukri